Kuamut

Pergi ke kedai membeli jam tangan,
Jam tangan buatan dari Rusia.
Kuamut terletak di daerah Kinabatangan,
di tepi sungai terpanjang di Malaysia.

Hati gembira hutang dah langsai,
sekarang baru tidurnya nyenyak.
Pelbagai haiwan ada dalam sungai,
ikan banyak buaya pun banyak.

Rumah papan banyak semut,
semut bersarang di bawah perabot.
Hanya satu cara untuk ke kuamut,
empat jam perjalanan hanya dengan bot.

Rakyat Malaysia hidupnya aman,
baik budi pekerti dan juga sikap.
Walaupun Kuamut jauh di pedalaman,
namun kemudahan asas semuanya lengkap.